Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan seni dan budaya, keindahan alam, makanan dan Sejarah tersendiri meliputi Semenanjung Malaysia dan Kepulauan Borneo yang mampu menarik pelancong untuk datang ke Malaysia. Kehidupan Masyarakat di Malaysia yang mempunyai Budaya tradisi dan cara hidup adalah tunjang perpaduan kaum di Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum terutama Melayu, Cina, India, Orang Asli dan Masyarakat etnik di kepulauan Borneo iaitu Sabah dan Sarawak. Setiap kaum dan etnik mempunyai identiti tersendiri seperti makanan, pakaian, adat resam, agama, seni dan budaya. Selain itu, kebudayaan dan kesenian telah lama bertapak di tanah melayu semenjak zaman kesultanan Melayu seperti bidang muzik, tarian, ukiran, barangan perak, rempah ratus, tenunan, kraftangan dan senjata. Manakala permainan tradisional pula sangat popular dengan adanya Wau atau layang-layang, Tarik Upih, Sepak Raga, dan banyak lagi. Inilah Malaysia yang dunia perlu kenali! Oleh itu, Galeri Seni dan Budaya WCO mampu memberi kelainan kepada pengunjung untuk melihat sendiri Sejarah, seni dan budaya yang terdapat di Malaysia dengan adanya maklumat yang lengkap mengikut negeri melalui https://www.wco.asia atau laman media sosial seperti Facebook dan Instagram. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi talian Mr Nik +60 13-382 2115, Ms Fara +6014- 5494 937 atau imbas kod QR.